26 August 2009

Edaran Penyata Pembayaran



Dimaklumkan bahawa Penyata Pembayaran bagi unit-unit Blok A, B dan C telah pun diedarkan pada 25 Ogos 2009 (Selasa). Walaubagaimanapun, penyata tersebut hanya mencatatkan maklumat pembayaran sehingga 31 Julai 2009 sahaja.

Pihak JMB memohon maaf jika berlaku sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada kelewatan edaran penyata tersebut. Untuk makluman tuan/puan, pihak JMB hanya menerima penyata tersebut daripada pihak Koridor Serantau Sdn Bhd (KSSB) pada 22 Ogos 2009 (Sabtu).

Sehubungan itu, setiap pemilik unit boleh menyemak penyata tersebut dan jika terdapat sebarang keraguan terhadap penyata tersebut, tuan/puan dinasihatkan untuk berurusan dengan pihak KSSB dengan kadar segera.

Bagi penyewa-penyewa, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada pemilik unit mengenai penyata tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
b/p JMB TPC ABC

05 August 2009

Kerja-kerja Penggantian Paip Bocor Selesai



Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian paip bawah tanah di antara Blok D & Blok E serta Blok B & Blok C yang bocor telah selesai pada 5 Ogos 2009 (Rabu).




04 August 2009

Penggantian Paip Bocor Bawah Tanah



Kerja-kerja penggantian paip bawah tanah yang bocor di antara Blok D dan Blok F telah dilaksanakan sekitar jam 4 petang pada 4 Ogos 2009 (Selasa). Operasi seterusnya akan dilaksanakan untuk paip bawah tanah diantara Blok B dan Blok C.




Akaun Bank JMB Blok ABC

Sukacita dimaklumkan bahawa JMB Taman Pinggiran Cempaka telah membuka Akaun di MAYBANK Pandan Jaya. Berikut adalah butiran mengenai akaun-akaun tersebut :-

Nama Akaun:
Badan Pengurusan Bersama Taman Pinggiran Cempaka ABC

Kumpulan Wang Penyelenggaraan (Maintenance Fund)
No Akaun: 5122 5951 5612

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
No Akaun: 5622 5450 1819


Sehubungan itu, semua pembayaran wang 'maintenance' dan 'sinking fund' yang menggunakan CEK hendaklah dibayar atas nama "Badan Pengurusan Bersama Taman Pinggiran Cempaka ABC" ke dalam akaun-akaun yang telah dinyatakan di atas. Mohon tuliskan nama, nombor unit rumah, no telefon dan no invois dibelakang cek tersebut.

17 July 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC



JMB TPC telah memohon pihak MPAJ melakukan penyemburan kabus Ultra Light Volume (ULV) kerana terdapatnya kes-kes demam denggi yang melibatkan penduduk TPC.

Ekoran daripada itu, pihak MPAJ telah melakukan operasi 'Fogging' di TPC pada hari Isnin (13 Julai 2009) sekitar jam 6.00 petang.

Kaedah 'Fogging' digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa bagi mengawal penyakit demam denggi dan denggi berdarah.

Berikut adalah Garis Panduan operasi 'Fogging' oleh Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
(1) Aktiviti semburan 'fogging' hanya dilakukan apabila satu kes denggi dilaporkan di kawasan tertentu.
(2) Semburan 'fogging' pencegahan adalah tidak digalakkan.
(3) Semburan 'fogging' perlu dijalankan pada waktu pagi (antara 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi) atau pada waktu petang (antara 5.30 petang sehingga 7.30 petang).
(4) Semburan kabus secara thermal perlu ditumpukan dalam rumah kerana kemungkinan nyamuk Aedes sembunyi dan berehat dalam rumah semasa musim jerebu.(Penghuni perlu membuka tingkap/pintu bagi memastikan kabus 'fogging' masuk ke dalam rumah).
(5) Menggunakan racun serangga “WATER-BASED” jenis piretroid sintetik seperti AQUA-RESIGEN atau RESIGEN dalam sukatan yang telah ditentukan - (Kaedah ini kurang berbau dan meninggalkan kesan berbanding 'Oil-Based').

Rujukan: DPH,KKM

10 July 2009

JMB & Pemilik Unit Kediaman



Tanggungjawab JMB
[1] Menyelenggara dan menguruskan bangunan serta harta bersama (Semua aset yang dikongsi semua penduduk).
[2] Memegang amanah kutipan wang selenggaraan yang diterima daripada penduduk.
[3] Menentukan peraturan yang sesuai dan bermanfaat kepada semua penduduk.

Tangggungjawab Pemilik Unit Kediaman
Membayar caj penyelenggaraan berikut kepada JMB untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama.
[1] Akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan Bangunan
[2] Akaun Kumpulan Wang Penjelas ('Sinking Fund')
[3] Premium Insurans

Contoh Harta Bersama
Tangga, koridor, lekapan dan pemasangan, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan parit, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu unit kediaman (Gunasama), bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.

Kesan & Akibat tidak membayar Caj Penyelenggaraan
Kekurangan wang untuk membayar bil dan perkhidmatan seperti berikut akan menjejaskan kualiti atau kontrak perkhidmatan sediaada terbatal di TPC.
[1] Bil Elektrik & Bil Air bagi aset-aset Gunasama
[2] Perkhidmatan Keselamatan 24 jam (Sekuriti)
[3] Perkhidmatan Kebersihan & Lanskap

Kegagalan membayar Caj Penyelenggaraan
Sekiranya Pemilik Unit Kediaman GAGAL membayar caj penyelenggaraan dan mempunyai amaun caj tertunggak selama enam bulan, pihak JMB boleh memohon Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk mengeluarkan waran yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli/pemilik. Jika tunggakan dan caj pungutan tidak juga dibayar dalam masa tempoh yang ditetapkan, COB boleh menjual harta tersebut melalui lelongan awam. (Rujukan: Akta 663 Tahun 2007, Perkara 33. Klik untuk lihat Akta.)

Yang diamanahkan,
JMB TPC Sesi 09/10

04 July 2009

Sijil Insurans TPC

Semua penduduk unit kediaman di Taman Pinggiran Cempaka (TPC) yang telah menjelaskan bayaran insurans boleh menuntut sijil tersebut di Kabin Pengurusan TPC pada waktu pejabat.

Maklumat Insurans :-
  1. Bank: Hong Leong Assurance Berhad
  2. No. Polisi Induk: 0972823-01-0
  3. Tempoh Insurans: 01 MEI 2009 sehingga 30 APRIL 2010
  4. Bencana yang di lindungi:
  • Fire & Lightning
  • Aircraft Damage
  • Earthquake & Volcanic Eruption
  • Storm & Tempest
  • Explosion
  • Impact Damage
  • Bursting or Overflowing of Water Tanks Apparatus or Pipes
  • Riot, Strike & Malicious Damage
  • Subsidence & Landslip
    Kepada penduduk yang masih belum melunaskan bayaran insurans, Tuan/Puan dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan kadar segera bagi menjamin hak mendapatkan pampasan sekiranya terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap unit kediaman Tuan/Puan.

    Yang Ikhlas,
    JMB Sesi 09/10