08 November 2009

Mesin Rumput & Gotong Royong AJK di Taman Permainan

JMB ABC dan JMB DEF telah bersepakat untuk membeli mesin rumput bagi mengatasi masalah mendapatkan perkhidmatan memotong rumput yang berkualiti.

Dengan memiliki mesin rumput sendiri;
i) Rumput yang dipotong benar-benar pendik (rendah), sekaligus mengurangkan kekerapan untuk memotong rumput.
ii) Membayar hanya upah pemotong rumput, peralatan pakai buang (consumables) serta minyak mesin.

Diharapkan keputusan ini akan dapat mengurangkan kos potong rumput dalam jangkawaktu sederhana serta mempastikan imej lanskap di TPS sentiasa kemas dan terurus.

Pihak JMB juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Yusri bin Sukar kerana sudi untuk memberi tunjuk-ajar cara-cara penggunaan dan penjagaan mesin yang betul.







Latihan cara-cara pemasangan tali pemotong yang betul.











AJK En Haris sedang 'test skill'
memotong rumput













AJK En Kasi, bersemangat sungguh ...










En Halim:
--> Betul ke cara cabut
pokok semalu tu?

En Haris:
--> Dah betul ni, aku 'suspect' akar dia dah dalam sangat ni...












Gaya AJK En Halim
macam mandor pulak.

20 October 2009

Kerja-kerja Pembaikan Kebocoran Paip

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip bawah tanah di antara Blok A dan Blok B telah selesai dilakukan pada 20 Oktober 2009.



02 October 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC

Semburan Kabus (Fogging) telah dilakukan oleh pihak MPAJ pada 2 Oktober 2009 (Isnin) jam 6.00 petang.

Sekian untuk makluman.

16 September 2009

Notice of Announcement

We are delighted to inform you that with effect from 1st October 2009, J.M. Group Consultants will be replacing Koridor Serantau Sdn. Bhd (KSSB) as the new management company in Taman Pinggiran Cempaka. For your knowledge, KSSB has been terminated their services by JMB since 15 September 2009. In such circumstance, there would be no counter service form 16th to 30th September 2009. We apologized for any inconvenience caused.

We advise you to submit payment of service charge and sinking fund via the new management.

We appreciate your co-operation in due cause.

Sincerely yours,
JMB ABC & DEF
09/10

15 September 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC

Sekali lagi pihak MPAJ telah datang ke TPC dan melakukan semburan kabus (Fogging) pada 14 September 2009 (Isnin) jam 5.45 petang. Pihak JMB dimaklumkan bahawa terdapat 4 kes Demam Denggi di TPC.

Sehubungan itu, semua pemilik unit di TPC dipohon kerjasama untuk memberentas tempat pembiakan nyamuk aedes. Sila pastikan tiada bekas/tong terbiar di dalam dan di luar kawasan rumah. Juga mohon kerjasama Tuan/Puan untuk mengeluarkan air yang bertakung pada atap parkir yang rosak/melengkung bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes.

Sekian, terima kasih.

08 September 2009

Kebocoran paip bawah tanah.

Dimaklumkan bahawa kebocoran paip bawah tanah telah dikesan di antara Blok A dan B.



07 September 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC

Semburan Kabus (Fogging) telah lakukan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Taman Pinggiran Cempaka pada :-

Tarikh: 6 September 2009 (Ahad)
Masa: 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Notis kepada setiap penduduk dan hebahan siaraya telah dilakukan pada hari Sabtu 5 September 2009.

Sekian.






02 September 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC

Pihak kontraktor MPAJ telah melakukan operasi 'Fogging' di TPC pada hari Rabu (2 September 2009) sekitar jam 6.00 petang.

Kaedah 'Fogging' digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa bagi mengawal penyakit demam denggi dan denggi berdarah.

Sekian untuk makluman.





26 August 2009

Edaran Penyata Pembayaran



Dimaklumkan bahawa Penyata Pembayaran bagi unit-unit Blok A, B dan C telah pun diedarkan pada 25 Ogos 2009 (Selasa). Walaubagaimanapun, penyata tersebut hanya mencatatkan maklumat pembayaran sehingga 31 Julai 2009 sahaja.

Pihak JMB memohon maaf jika berlaku sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada kelewatan edaran penyata tersebut. Untuk makluman tuan/puan, pihak JMB hanya menerima penyata tersebut daripada pihak Koridor Serantau Sdn Bhd (KSSB) pada 22 Ogos 2009 (Sabtu).

Sehubungan itu, setiap pemilik unit boleh menyemak penyata tersebut dan jika terdapat sebarang keraguan terhadap penyata tersebut, tuan/puan dinasihatkan untuk berurusan dengan pihak KSSB dengan kadar segera.

Bagi penyewa-penyewa, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada pemilik unit mengenai penyata tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
b/p JMB TPC ABC

05 August 2009

Kerja-kerja Penggantian Paip Bocor Selesai



Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian paip bawah tanah di antara Blok D & Blok E serta Blok B & Blok C yang bocor telah selesai pada 5 Ogos 2009 (Rabu).




04 August 2009

Penggantian Paip Bocor Bawah Tanah



Kerja-kerja penggantian paip bawah tanah yang bocor di antara Blok D dan Blok F telah dilaksanakan sekitar jam 4 petang pada 4 Ogos 2009 (Selasa). Operasi seterusnya akan dilaksanakan untuk paip bawah tanah diantara Blok B dan Blok C.




Akaun Bank JMB Blok ABC

Sukacita dimaklumkan bahawa JMB Taman Pinggiran Cempaka telah membuka Akaun di MAYBANK Pandan Jaya. Berikut adalah butiran mengenai akaun-akaun tersebut :-

Nama Akaun:
Badan Pengurusan Bersama Taman Pinggiran Cempaka ABC

Kumpulan Wang Penyelenggaraan (Maintenance Fund)
No Akaun: 5122 5951 5612

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
No Akaun: 5622 5450 1819


Sehubungan itu, semua pembayaran wang 'maintenance' dan 'sinking fund' yang menggunakan CEK hendaklah dibayar atas nama "Badan Pengurusan Bersama Taman Pinggiran Cempaka ABC" ke dalam akaun-akaun yang telah dinyatakan di atas. Mohon tuliskan nama, nombor unit rumah, no telefon dan no invois dibelakang cek tersebut.

17 July 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC



JMB TPC telah memohon pihak MPAJ melakukan penyemburan kabus Ultra Light Volume (ULV) kerana terdapatnya kes-kes demam denggi yang melibatkan penduduk TPC.

Ekoran daripada itu, pihak MPAJ telah melakukan operasi 'Fogging' di TPC pada hari Isnin (13 Julai 2009) sekitar jam 6.00 petang.

Kaedah 'Fogging' digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa bagi mengawal penyakit demam denggi dan denggi berdarah.

Berikut adalah Garis Panduan operasi 'Fogging' oleh Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
(1) Aktiviti semburan 'fogging' hanya dilakukan apabila satu kes denggi dilaporkan di kawasan tertentu.
(2) Semburan 'fogging' pencegahan adalah tidak digalakkan.
(3) Semburan 'fogging' perlu dijalankan pada waktu pagi (antara 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi) atau pada waktu petang (antara 5.30 petang sehingga 7.30 petang).
(4) Semburan kabus secara thermal perlu ditumpukan dalam rumah kerana kemungkinan nyamuk Aedes sembunyi dan berehat dalam rumah semasa musim jerebu.(Penghuni perlu membuka tingkap/pintu bagi memastikan kabus 'fogging' masuk ke dalam rumah).
(5) Menggunakan racun serangga “WATER-BASED” jenis piretroid sintetik seperti AQUA-RESIGEN atau RESIGEN dalam sukatan yang telah ditentukan - (Kaedah ini kurang berbau dan meninggalkan kesan berbanding 'Oil-Based').

Rujukan: DPH,KKM

10 July 2009

JMB & Pemilik Unit Kediaman



Tanggungjawab JMB
[1] Menyelenggara dan menguruskan bangunan serta harta bersama (Semua aset yang dikongsi semua penduduk).
[2] Memegang amanah kutipan wang selenggaraan yang diterima daripada penduduk.
[3] Menentukan peraturan yang sesuai dan bermanfaat kepada semua penduduk.

Tangggungjawab Pemilik Unit Kediaman
Membayar caj penyelenggaraan berikut kepada JMB untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama.
[1] Akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan Bangunan
[2] Akaun Kumpulan Wang Penjelas ('Sinking Fund')
[3] Premium Insurans

Contoh Harta Bersama
Tangga, koridor, lekapan dan pemasangan, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan parit, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu unit kediaman (Gunasama), bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.

Kesan & Akibat tidak membayar Caj Penyelenggaraan
Kekurangan wang untuk membayar bil dan perkhidmatan seperti berikut akan menjejaskan kualiti atau kontrak perkhidmatan sediaada terbatal di TPC.
[1] Bil Elektrik & Bil Air bagi aset-aset Gunasama
[2] Perkhidmatan Keselamatan 24 jam (Sekuriti)
[3] Perkhidmatan Kebersihan & Lanskap

Kegagalan membayar Caj Penyelenggaraan
Sekiranya Pemilik Unit Kediaman GAGAL membayar caj penyelenggaraan dan mempunyai amaun caj tertunggak selama enam bulan, pihak JMB boleh memohon Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk mengeluarkan waran yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli/pemilik. Jika tunggakan dan caj pungutan tidak juga dibayar dalam masa tempoh yang ditetapkan, COB boleh menjual harta tersebut melalui lelongan awam. (Rujukan: Akta 663 Tahun 2007, Perkara 33. Klik untuk lihat Akta.)

Yang diamanahkan,
JMB TPC Sesi 09/10

04 July 2009

Sijil Insurans TPC

Semua penduduk unit kediaman di Taman Pinggiran Cempaka (TPC) yang telah menjelaskan bayaran insurans boleh menuntut sijil tersebut di Kabin Pengurusan TPC pada waktu pejabat.

Maklumat Insurans :-
  1. Bank: Hong Leong Assurance Berhad
  2. No. Polisi Induk: 0972823-01-0
  3. Tempoh Insurans: 01 MEI 2009 sehingga 30 APRIL 2010
  4. Bencana yang di lindungi:
  • Fire & Lightning
  • Aircraft Damage
  • Earthquake & Volcanic Eruption
  • Storm & Tempest
  • Explosion
  • Impact Damage
  • Bursting or Overflowing of Water Tanks Apparatus or Pipes
  • Riot, Strike & Malicious Damage
  • Subsidence & Landslip
    Kepada penduduk yang masih belum melunaskan bayaran insurans, Tuan/Puan dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan kadar segera bagi menjamin hak mendapatkan pampasan sekiranya terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap unit kediaman Tuan/Puan.

    Yang Ikhlas,
    JMB Sesi 09/10

    02 July 2009

    Nota AGM Ke-2 TPC

    Mesyuarat Agung Ke-2
    Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama
    Taman Pinggiran Cempaka (TPC)


    Tarikh :28 Jun 2009 (Ahad)
    Masa: 3.30 petang
    Tempat: Kawasan Lapang berhampiran Kabin


    Nota AGM:
    • Kehadiran penduduk yang layak mengundi. Blok ABC = 10 orang, Blok DEF = 7 orang.
    • Pihak TPPT telah menyerahkan pengurusan TPC kepada JMB pada Jun 2009.
    • Khidmat Koridor Serantau Sdn Bhd (KSSB) sebagai Agen Pengurusan dilanjutkan sehingga Ogos 2009.
    • Akaun Penyelenggaraan & Sinking Fund TPC akan dibuka atas nama Jawatankuasa JMB yang baru (Sesi 09/10).
    • JMB baru akan memastikan Akaun TPC yang akan diserahkan kepada JMB telah diaudit oleh Akauntan Bertauliah.
    • Cadangan semasa mesyuarat: Majlis Dialog Penduduk bersama Jawatankuasa JMB Sesi 09/10.

    Senarai Jawatankuasa JMB Sesi 09/10 - Blok ABC

    Pengerusi: Tn. Hj. Mat Hussin bin Idun (C-0-11)
    Setiausaha : Encik Abdul Halim bin Abdullah (C-0-10)
    Bendahari: Encik Nizalene Deliza bin Husaini (B-0-3)

    AJK:
    1. Encik V. Kasillingampilai A/L Velusamy (A-0-2)
    2. Encik Guan Leong Heng (A-0-8)
    3. Puan Chew Foi Mee (B-1-2)
    4. Encik Mok Lee Liew (B-2-9)
    5. Puan Nor Azni binti Mahat (C-0-2)
    6. Encik Mohd Akib bin Othman (C-0-3)
    7. Encik Hazli Hazizi bin Hamzah (C-0-4)

    Jawatankuasa JMB Sesi 09/10 - Blok DEF

    Pengerusi: En. Mohd Salahuddin bin Mokhtar (F-2-5)
    Setiausaha: En. Rusdy bin Haldi (D-2-12)
    Bendahari: En. Huzalene Deliza bin Husaini (D-0-9)

    AJK:
    1. En Teng Mun Hoong (E-1-8)
    2. Encik Nazli Saad (D-0-2)
    3. Puan Wan Hasmah ( D-1-4)
    4. Encik Rozairi bin Hj Mohamad Daud (D-2-6)

    01 July 2009

    Sekitar AGM Ke-2 JMB TPC





    Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2
    Badan Pengurusan Bersama (JMB)
    Taman Pinggiran Cempaka
    Ampang, Selangor








    Kaunter Pendaftaran AGM
    • Kena semak yang datang tu mesti merupakan penduduk TPC. Bukan Pendatang Tanpa Izin :-)









    Mr Teng Mun Hoong ada gaya
    jadi Wakil Rakyat ni hehe...


    Tak apa, tak jadi wakil rakyat, jadi AJK JMB pun jadilah.










    Sementara menunggu mesyuarat bermula.

    Untuk makluman, AGM telah dimulakan pada jam 3.35 petang.









    Pengerusi JMB Blok ABC 08/09
    Tn. Hj. Mat Hussin bin Idun
    (paling kiri)

    Pengerusi JMB Blok DEF 08/09
    En. Salahuddin bin Mokhtar
    (no 2 dari kiri)









    Sesi Soal Jawab & Cadangan

    Mr Mok Lee Liew tengah
    bersemangat mencurahkan idea.











    Juadah makanan & lauk pauk
    yang ada pada hari tersebut.












    Sesi mengeyangkan perut serta ramah mesra dengan sahabat-sahabat TPC












    Ada yang tambah 2-3 kali tu
    sebab makanan banyak..

    30 June 2009

    Blog JMB TPC

    Salam,

    Selamat Datang ke Blog Badan Pengurusan Bersama (JMB) Taman Pinggiran Cempaka (TPC).

    Blog ini diwujudkan untuk meningkatkan penyampaian yang lebih efektif kepada semua penduduk TPC. Disamping itu, ianya juga menjadi suara rasmi JMB yang dilantik untuk mengurus serta menyelenggara semua aset, harta benda dan kemudahan milik bersama yang terdapat di TPC.

    Pihak JMB akan dikemaskini laman ini dari semasa ke semasa dengan memuatkan berita serta aktiviti-aktiviti berkaitan untuk pengetahuan dan perkongsian maklumat semua penduduk.

    Pihak JMB juga mengalu-alukan sebarang idea, komen serta pendapat yang membina dengan menghantar email ke
    pinggirancempaka@gmail.com.

    Semoga dengan wujudnya medium komunikasi ini, ianya dapat mengeratkan silatulrahim serta perpaduan di antara penduduk yang berbilang bangsa dan agama.

    Salam Mesra;
    JMB TPC Sesi 09/10