17 July 2009

Semburan Kabus (Fogging) di TPC



JMB TPC telah memohon pihak MPAJ melakukan penyemburan kabus Ultra Light Volume (ULV) kerana terdapatnya kes-kes demam denggi yang melibatkan penduduk TPC.

Ekoran daripada itu, pihak MPAJ telah melakukan operasi 'Fogging' di TPC pada hari Isnin (13 Julai 2009) sekitar jam 6.00 petang.

Kaedah 'Fogging' digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa bagi mengawal penyakit demam denggi dan denggi berdarah.

Berikut adalah Garis Panduan operasi 'Fogging' oleh Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
(1) Aktiviti semburan 'fogging' hanya dilakukan apabila satu kes denggi dilaporkan di kawasan tertentu.
(2) Semburan 'fogging' pencegahan adalah tidak digalakkan.
(3) Semburan 'fogging' perlu dijalankan pada waktu pagi (antara 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi) atau pada waktu petang (antara 5.30 petang sehingga 7.30 petang).
(4) Semburan kabus secara thermal perlu ditumpukan dalam rumah kerana kemungkinan nyamuk Aedes sembunyi dan berehat dalam rumah semasa musim jerebu.(Penghuni perlu membuka tingkap/pintu bagi memastikan kabus 'fogging' masuk ke dalam rumah).
(5) Menggunakan racun serangga “WATER-BASED” jenis piretroid sintetik seperti AQUA-RESIGEN atau RESIGEN dalam sukatan yang telah ditentukan - (Kaedah ini kurang berbau dan meninggalkan kesan berbanding 'Oil-Based').

Rujukan: DPH,KKM

No comments:

Post a Comment