10 July 2009

JMB & Pemilik Unit Kediaman



Tanggungjawab JMB
[1] Menyelenggara dan menguruskan bangunan serta harta bersama (Semua aset yang dikongsi semua penduduk).
[2] Memegang amanah kutipan wang selenggaraan yang diterima daripada penduduk.
[3] Menentukan peraturan yang sesuai dan bermanfaat kepada semua penduduk.

Tangggungjawab Pemilik Unit Kediaman
Membayar caj penyelenggaraan berikut kepada JMB untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama.
[1] Akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan Bangunan
[2] Akaun Kumpulan Wang Penjelas ('Sinking Fund')
[3] Premium Insurans

Contoh Harta Bersama
Tangga, koridor, lekapan dan pemasangan, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan parit, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu unit kediaman (Gunasama), bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.

Kesan & Akibat tidak membayar Caj Penyelenggaraan
Kekurangan wang untuk membayar bil dan perkhidmatan seperti berikut akan menjejaskan kualiti atau kontrak perkhidmatan sediaada terbatal di TPC.
[1] Bil Elektrik & Bil Air bagi aset-aset Gunasama
[2] Perkhidmatan Keselamatan 24 jam (Sekuriti)
[3] Perkhidmatan Kebersihan & Lanskap

Kegagalan membayar Caj Penyelenggaraan
Sekiranya Pemilik Unit Kediaman GAGAL membayar caj penyelenggaraan dan mempunyai amaun caj tertunggak selama enam bulan, pihak JMB boleh memohon Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk mengeluarkan waran yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli/pemilik. Jika tunggakan dan caj pungutan tidak juga dibayar dalam masa tempoh yang ditetapkan, COB boleh menjual harta tersebut melalui lelongan awam. (Rujukan: Akta 663 Tahun 2007, Perkara 33. Klik untuk lihat Akta.)

Yang diamanahkan,
JMB TPC Sesi 09/10

No comments:

Post a Comment