13 March 2010

Pelekat Kereta Ke-2 & Sesi Dialog bersama JMB

Dimaklumkan bahawa JMB TPC sedang dalam perlaksanaan memperbaiki keselamatan dan sistem lalulintas di TPC. Sehubungan itu, semua pemilik/penyewa hendaklah mempunyai Pelekat (Sticker) bagi kereta masing-masing.

Berikut merupakan sebahagian daripada peraturan mengenai Kereta Ke-2 serta penggunaan Parkir (Parking) di TPC.

* Mendapatkan Pelekat Kereta Ke-2 (Kuning) dengan harga RM200/= untuk tempoh 2 tahun [2010/2011] dengan syarat semua tunggakan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.

* DILARANG meletakkan Kereta Ke-2 di parkir Pelawat (Visitor), berhampiran rumah sampah serta "double-parking".

* Tindakan mengunci tayar serta denda akan dikenakan jika melanggar syarat di atas.

* Pemegang Pelekat Ke-2 juga dikehendaki membeli KAD AKSES KEDUA [Harga dan tarikh kuatkuasa penggunaan akan dimaklumkan kelak]

Sehubungan itu, pihak JMB ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke Sesi Dialog dan sebarang pertanyaan serta perbincangan boleh dibangkitkan dalam sesi tersebut.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan Tuan/Puan.

06 March 2010

Pertukaran Waktu Operasi Pejabat pada Hujung Minggu

Dimaklumkan bahawa waktu operasi pejabat pada hujung minggu telah diubah daripada setiap hari Ahad kepada setiap hari SABTU.

Kerani operasi juga telah bertukar dan kini segala pembayaran dan urusan boleh dilakukan dengan Cik Ina.

Sekian.

11 February 2010

Safety tips for a more Secure Neighbourhood

31 January 2010

Apa yang perlu dilakukan sekiranya mendengar bunyi bising semasa sedang tidur?

Sekiranya anda syak ada orang yang tidak dikenali menceroboh ke dalam rumah anda semasa sedang tidur.

Apa yang boleh anda lakukan adalah:
  1. Jangan cuba bertindak secara bersendirian (Berkemungkinan penceroboh tersebut membawa senjata).
  2. Kunci bilik tidur .
  3. Telefon atau SMS Polis/RakanCop menggunakan telefon bimbit (Pastikan telefon bimbit sentiasa ada bersama anda semasa anda sedang tidur).
  4. Maklumkan kepada Jiran untuk menghubungi Polis.
  5. Nyalakan lampu.
  6. Bunyikan Penggera ("Alarm") kereta. (Bawa kunci kereta semasa anda tidur)
Tips:
- Sentiasa bawa kunci kereta dan telefon bimbit ke dalam bilik tidur.
- Pastikan No Telefon Polis, RakanCop, Jiran ada di dalam telefon bimbit.

    28 January 2010

    Lagi Kes Pecah Rumah di TPC

    Dua kes pecah rumah di TPC berlaku di Tingkat 1, Blok D.
    Ianya dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama dengan kes-kes sebelum ini.

    Berkemungkinan pencuri telah memanjat pintu gril di tingkat bawah untuk ke Tingkat 1 rumah mangsa.

    26 January 2010

    Kes Pecah Rumah Ke-Dua

    Pihak JMB dimaklumkan kes pecah rumah kedua berlaku di Blok A.
    Ianya dipercayai dilakukan pada siang hari semasa penghuni rumah keluar bekerja.

    Mohon ambil langkah-langkah keselamatan tambahan.

    22 January 2010

    Kejadian Pecah Rumah di TPC

    Butiran Kejadian

    Tarikh: 22 Januari 2010 (Jumaat)
    Masa: Sekitar 3-5 petang
    Lokasi: Salah sebuah unit di Blok C, TPC


    Semasa kejadian, tiada orang di rumah kerana keluar bekerja.





     

     

     

    19 January 2010

    Sesi Dialog bersama Wakil Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ

    Pada malam 18 Januari yang lalu, pihak JMB telah membuat pertemuan dengan wakil Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ untuk memohon khidmat nasihat dan pandangan mengenai isu-isu pengurusan JMB TPC. Sesi tersebut berjalan dengan lancar dan banyak isu telah dikupas dan diperjelaskan oleh En Hamzah.

    Pihak JMB ingin merakamkan ribuan terima kasih En Hamzah bin Abdul Hamid kerana telah hadir dan memberi kerjasama yang baik dan semoga ikatan perhubungan di antara JMB TPC dengan COB MPAJ akan sentiasa erat. Terima kasih juga kepada semua AJK yang telah hadir pada malam tersebut kerana memberikan komitmen tanpa berbelah bagi demi menjaga taman kita.

    Butiran Sesi:
    Tarikh: 18 Januari 2010 (Isnin)
    Tempat: Kabin Pengurusan TPC
    Masa: 9.30 malam


    Kehadiran.
    Wakil COB: En. Hamzah bin Abdul Hamid
    JMB Blok ABC:

    1. Encik Haris Aswandy bin Harun (Blok A)
    2. Encik Abdul Halim bin Abdullah (Blok C)
    3. Encik Mohd Akib bin Othman (Blok C)
    4. Encik Mohd Farid bin Othman (Blok C)
    JMB Blok DEF:

    1. Encik Shalahuddin (Blok F - Pengerusi)
    2. Encik Rusdy bin Haldy (Blok D)
    3. Encik Huzalene Deliza Husaini (Blok D)
    4. Encik Teng Mun Hoong (Blok E)
    5. Encik Mohd Saiful (Blok F)
    Antara isu-isu yang dibincangkan :-

    • Perlaksanaan Akta 663
    • Peranan/Tanggungjawab JMB serta COB, MPAJ
    • Isu-isu berkaitan Koridor Serantau Sdn. Bhd.
    • Amaun Bil Tertunggak bagi Bekalan Elektrik dan Air
    • Isu-isu Pengurusan selepas JMB mengambil alih daripada Pemaju.


    Wakil COB MPAJ, En Hamzah serta    Pengerusi DEF, En Shalahuddin





    Sedang teliti mendengar penjelasan En Hamzah.

     


    AJK-AJK yang sanggup mengorbankan masa untuk membantu menguruskan TPC tanpa apa-apa bayaran perkhidmatan.






    15 January 2010

    Insurans Bangunan & Senarai Daftar Utama TPC



    Dimaklumkan bahawa Insurans Bangunan di TPC akan tamat tempoh pada 30 April 2010 (Rujukan:Hong Leong Assurance 0972823-01-0)

    Dibawah Akta 663, kewajipan untuk mengambil Insurans Bangunan Kediaman merupakan tanggungjawab JMB. Ini bermakna setiap pemilik kediaman tidak perlu mengambil insurans bagi unit kediaman masing-masing (kecuali peminjam menggunakan pinjaman kerajaan).

    Sehubungan itu, semua pemilik kediaman hendaklah memastikan maklumat Nama Pemilik Unit di Senarai Daftar Utama TPC adalah yang betul, tepat dan sah untuk mengelak sebarang masalah tuntutan di kemudian hari.

    Semakan boleh dibuat di Kabin Pengurusan TPC pada hari dan waktu operasi pejabat.

    Pihak JMB tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya maklumat yang tertera di dalam Sijil Insurans Bangunan TPC tidak tepat akibat keengganan Tuan/Puan menyemak Senarai Daftar Utama TPC.

    Sekian, harap maklum.

    03 January 2010

    Milestone JMB TPC 2009

    Klik carta di atas untuk melihat 'Milestone' JMB bagi tahun 2009

    08 November 2009

    Mesin Rumput & Gotong Royong AJK di Taman Permainan

    JMB ABC dan JMB DEF telah bersepakat untuk membeli mesin rumput bagi mengatasi masalah mendapatkan perkhidmatan memotong rumput yang berkualiti.

    Dengan memiliki mesin rumput sendiri;
    i) Rumput yang dipotong benar-benar pendik (rendah), sekaligus mengurangkan kekerapan untuk memotong rumput.
    ii) Membayar hanya upah pemotong rumput, peralatan pakai buang (consumables) serta minyak mesin.

    Diharapkan keputusan ini akan dapat mengurangkan kos potong rumput dalam jangkawaktu sederhana serta mempastikan imej lanskap di TPS sentiasa kemas dan terurus.

    Pihak JMB juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Yusri bin Sukar kerana sudi untuk memberi tunjuk-ajar cara-cara penggunaan dan penjagaan mesin yang betul.







    Latihan cara-cara pemasangan tali pemotong yang betul.











    AJK En Haris sedang 'test skill'
    memotong rumput













    AJK En Kasi, bersemangat sungguh ...










    En Halim:
    --> Betul ke cara cabut
    pokok semalu tu?

    En Haris:
    --> Dah betul ni, aku 'suspect' akar dia dah dalam sangat ni...












    Gaya AJK En Halim
    macam mandor pulak.

    20 October 2009

    Kerja-kerja Pembaikan Kebocoran Paip

    Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip bawah tanah di antara Blok A dan Blok B telah selesai dilakukan pada 20 Oktober 2009.



    02 October 2009

    Semburan Kabus (Fogging) di TPC

    Semburan Kabus (Fogging) telah dilakukan oleh pihak MPAJ pada 2 Oktober 2009 (Isnin) jam 6.00 petang.

    Sekian untuk makluman.

    16 September 2009

    Notice of Announcement

    We are delighted to inform you that with effect from 1st October 2009, J.M. Group Consultants will be replacing Koridor Serantau Sdn. Bhd (KSSB) as the new management company in Taman Pinggiran Cempaka. For your knowledge, KSSB has been terminated their services by JMB since 15 September 2009. In such circumstance, there would be no counter service form 16th to 30th September 2009. We apologized for any inconvenience caused.

    We advise you to submit payment of service charge and sinking fund via the new management.

    We appreciate your co-operation in due cause.

    Sincerely yours,
    JMB ABC & DEF
    09/10

    15 September 2009

    Semburan Kabus (Fogging) di TPC

    Sekali lagi pihak MPAJ telah datang ke TPC dan melakukan semburan kabus (Fogging) pada 14 September 2009 (Isnin) jam 5.45 petang. Pihak JMB dimaklumkan bahawa terdapat 4 kes Demam Denggi di TPC.

    Sehubungan itu, semua pemilik unit di TPC dipohon kerjasama untuk memberentas tempat pembiakan nyamuk aedes. Sila pastikan tiada bekas/tong terbiar di dalam dan di luar kawasan rumah. Juga mohon kerjasama Tuan/Puan untuk mengeluarkan air yang bertakung pada atap parkir yang rosak/melengkung bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes.

    Sekian, terima kasih.

    08 September 2009

    Kebocoran paip bawah tanah.

    Dimaklumkan bahawa kebocoran paip bawah tanah telah dikesan di antara Blok A dan B.



    07 September 2009

    Semburan Kabus (Fogging) di TPC

    Semburan Kabus (Fogging) telah lakukan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Taman Pinggiran Cempaka pada :-

    Tarikh: 6 September 2009 (Ahad)
    Masa: 5.00 petang hingga 7.00 malam.

    Notis kepada setiap penduduk dan hebahan siaraya telah dilakukan pada hari Sabtu 5 September 2009.

    Sekian.






    02 September 2009

    Semburan Kabus (Fogging) di TPC

    Pihak kontraktor MPAJ telah melakukan operasi 'Fogging' di TPC pada hari Rabu (2 September 2009) sekitar jam 6.00 petang.

    Kaedah 'Fogging' digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa bagi mengawal penyakit demam denggi dan denggi berdarah.

    Sekian untuk makluman.





    26 August 2009

    Edaran Penyata Pembayaran



    Dimaklumkan bahawa Penyata Pembayaran bagi unit-unit Blok A, B dan C telah pun diedarkan pada 25 Ogos 2009 (Selasa). Walaubagaimanapun, penyata tersebut hanya mencatatkan maklumat pembayaran sehingga 31 Julai 2009 sahaja.

    Pihak JMB memohon maaf jika berlaku sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada kelewatan edaran penyata tersebut. Untuk makluman tuan/puan, pihak JMB hanya menerima penyata tersebut daripada pihak Koridor Serantau Sdn Bhd (KSSB) pada 22 Ogos 2009 (Sabtu).

    Sehubungan itu, setiap pemilik unit boleh menyemak penyata tersebut dan jika terdapat sebarang keraguan terhadap penyata tersebut, tuan/puan dinasihatkan untuk berurusan dengan pihak KSSB dengan kadar segera.

    Bagi penyewa-penyewa, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada pemilik unit mengenai penyata tersebut.

    Sekian, terima kasih.

    Yang menjalankan amanah,
    b/p JMB TPC ABC

    05 August 2009

    Kerja-kerja Penggantian Paip Bocor Selesai



    Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian paip bawah tanah di antara Blok D & Blok E serta Blok B & Blok C yang bocor telah selesai pada 5 Ogos 2009 (Rabu).